8 ogos ----
hati yang pergi
tak kan kembali
demi hati yang dikhianati
teman kan rawati
hati yang melabuh
melayan perasaan hingga subuh
hingga alpa siapakah kita
umat manusia dengan yang Maha Esa..
betapa kerdilnya kita
betapa kecilnya rasanya cinta
hanya Dia Yang Maha Berkuasa..
kata hati yang membenci
seumur hidup tiada erti..
21 oktober ----
hati ini dekat padamu
tapi hati ini tidak boleh mendapat hatimu
kerna
hati ini telah dimiliki
begitu juga dengan hatimu
telah dimiliki
namun rahsia kita
tersimpan kukuh di hatiku
hatimu?
tidakku tahu
29 oktober ----
tegarkan HATI ku..
tak mau berpaling lagi..
naluri ku berkata HATI ku bukan untuk mu..
tentang HATI mu ku tak mahu peduli lagi..
salah kah ku jangan salahkan HATI ku..
ku buat begini kerna ingin selamatkan HATI ku..
kerna diri mu HATI ku ini ku bawa pergi..
kerna sikap mu yg telah lukakan HATI ku..
aku tak mahu HATI ku sakit lagi..
andai ku terus di HATI mu HATI ku akan berdarah dan terus parah...
biarkan HATI ku pergi...
kini HATI ku lebih putih dan menyenangkan..
tanpa HATI mu yg hitam dan kelam..
perlukah memilih sang hitam bila putih menyenangkan..
7 november ----
dan ia berbisik lagi.. hati..
mengapa masih sunyi..
mengapa masih pilu...
tetaplah hati.. tetap di situ...
hari ini..
hatiku dirapati..
teringin disentuhi..
namun..kuhindari
dari cinta yang tak pasti..
duri yang beracun..
terasa amat gerun.
terseksa disakiti..
bila hati dikhianati..
cinta yang penuh tipu daya..
bermadah kata-kata..
hati yang merana..
menanggung akibatnya..
Hati ini
terlalu terluka untuk menerima cinta
terlalu kecewa untuk menyata sayang
lantaran kenangan semalam
masih bermain di ruang ingatan
dek janji-janjimu dulu
yang tak mungkin lagi dapat bersatu
kini..hati ini
terlalu ingin mengasihi
terlalu ingin menyayangi
terlalu ingin merindui
pada yang sudi bertamu dihati
ikhlas dan setia pada cinta ini
menghargai hati ini
agar tidak terluka lagi
18 november ----
hati ingin berbicara
hati pun sering bertanya
dimana hujung jalan cerita
bukannya dibibir tanpa sebarang nokhtah
selangkah engkau pergi
seribu langkah aku mengejarmu
sekelip mata engkau hilang
seluruh pelusuk kucari
setinggi mana engkau membawa diri
akan aku daki
sedalam mana kau cuba menyembunyi
akan kuselami
biar terbukti
biar bersaksi
cinta kita cinta tersimpul rapi..
15 januari ----
mengapa kecewa bila menyatakan cinta
bila ada ruang..untuk sayang
mengapa dibuang?
bila merindu..mengapa tak menunggu?
hilang entah ke mana
seluruh pelusuk kau cari..
tapi..
teman tetap di sini..
menanti jawapan pasti
hatimu kumiliki
adalah yang hakiki.
20 februari ----
Hati...tinggalkan semua kenangan pahit, namun panjatkanlah kesyukuran ,
kerana tiada manis akan didapati tanpa yg pahit.
Kejayaan takkan dicapai tanpa rintangan,
kebahagiaan takkan digamit tanpa kesukaran dan kedukaan....
Hati...tenanglah! Ukirlah senyummu dengan menyembunyi semua rasa luka itu.
Biar tiada yang tahu, biar semuanya seperti biasa.....seperti selalu.
Hati, hamparkan kebahagiaan kepada semua, biar keperitan yg dibalas, kerana,
suatu masa nanti Tuhan akan kembalikan kebahagiaan itu, buat kita....
Hati, percayalah sesungguhnya Tuhan itu Maha Agung, Maha Penyayang,
terlepas akan sesuatu, akan digantinya dengan yg lebih baik,
sesungguhnya hanya Dia sahaja yg tahu apa yg terbaik buat kita......