Monday, July 23, 2012

KENAPA ALLAH TEMUKAN JODOH YANG SALAH?

 







Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat menjadi penilai yg baik.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg
sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,
KHAS UNTUK DIRI KITA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH &
PENYAYANG kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat
untuk kita dan kehidupan kita pada
masa depan...

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat mengutip pengalaman yg tak semua
orang berpeluang untuk mengalaminya.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK
HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK
SELAMANYA KEKAL...

Friday, June 10, 2011

Kenapa..

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita menangis ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita membayangkan sesuatu ?
Hal hal yang terindah di dunia ini biasanya tidak terlihat.
Ada hal hal yang tidak ingin kita lepaskan dan ada orang yang tidak ingin kita tinggalkan...

Tapi ingatlah, melepaskan bukan bererti akhir dari dunia melainkan awal dari kehidupan yang baru...

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang telah disakiti, mereka yang telah mencari dan telah mencuba kerana merekalah yang biasa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka...

Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya.
Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya dengan setia.
Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum sambil berkata , ” Aku turut berbahagia untukmu ”

Tuesday, May 3, 2011

Wall : Keikhlasan

Friday, March 4, 2011

Drama kehidupan penulis skrip..

Hidup bagaikan skrip drama..semuanya tersusun mengikut perkiraan si pengarah tetapi ada masa kepincangan berlaku dan melibatkan perubahan yg mendadak..mampukah si penulis skrip ini mengakhiri kisah ini.. terasa penamatnya masih jauh.. dan semakin jauh.. kita sering diduga dengan kesusahan.. susahnya menjalani kehidupan dengan pelbagai ranjau persoalan..

Bukan mudah menjadikan impian satu kenyataan tapi siapakah kita yang mempersoalkan kesulitan yang berlaku. Tanpa usaha dan ikhtiar, tangga kejayaan takkan terbuka sendiri... tanpa usaha untuk mendaki.. impian tidak akan dicapai.. mampukah kita meneruskan perjalanan hidup ini tanpa usaha.. jangan jadi lemah.. selagi kita berniat baik semua iktiar akan diberkati.. Sentiasa berfikiran positif.. sentiasa berfikiran baik.. pasti kejayaan menyusul.

Si penulis skrip masih mencoretkan bait2 kata indah bagi membetulkan kecacatan skrip.. masih tercari idea dan kata2 untuk dicoret di cacatan ilham.. perah idea..coretla sesuatu wahai penulis..

Si penulis melihat sekitarnya.. segala yang diperhati sesak terkumpul.. cuma menunggu masa untuk dihambur keluar dari peti idea.. masa.. masa.. dikatakan masa amat mencemburui kita.. si penulis mencoret lagi sesuatu ke cacatan ilhamnya.. mengapa masa mencemburui kita.. mengapa terasa peredaran masa terlalu pantas.. mengapa kita sering kekurangan masa.. dalam sedar masa berlalu tanpa kita mendapat jawanpan yang pasti.. ( bersambung kerana penulis skrip kekurangan idea )

Wednesday, February 23, 2011

Wall : Nukilan Tanpa Makna..

Monday, February 21, 2011

Keyakinan..

Sudah kejauhan merenungi diri. Biasalah, banyak benda yang difikirkan. Kadang-kadang sering kali tewas pada tekanan. Mungkin, diri ini diajar dan dididik untuk hadapi sendiri. Perasaan? Tidak boleh dielakkan. Manusiawi yang digambari dengan fenomena emosi. Usah merajuk, melarikan diri. Kerana perlu untuk disedari, diri bukan sempurna untuk sesiapa. Usah menangis, mendambakan harapan. Kerana perlu untuk disedari, diri ini terlalu jauh untuk dibandingkan dengan yang lain. Abaikan pengharapan… tapi sudah berjanji pada kata-kata yang pernah terpateri.. Menunggu hingga lafaz terakhir yang akan menentukan segalanya. Layak atau tidak. Tapi, penantian akan kuteruskan, sepertimana kuatnya janji yang aku kotakan.

Saturday, February 19, 2011

Bicara Aku

Jika ada sepuluh orang yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah pasti salah seorang daripada mereka adalah aku. Jika hanya seorang saja yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah tentulah orang itu adalah aku. Dan jika tiada sesiapa lagi yang mahu mengambil berat terhadapmu lagi, maka itu bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini.