Biar aku menjadi bayu
tika bahtera mu berlabuh
kerana kematian angin
ku cuba bisikkan
agar mencampakkan sauh
seketika agar tenang
Biar bayu mu bercerita
kisah kisah di tanah besar
seketika layar mu tidur.....
Bertemulah seorang teman
menjanjikan kapas menjadi selendang
Hari berganti musim berlalu
Kemarau panjang menghias diri
pepohon kapas layu ke tanah
janji penenun selendang tidak kesampaian...
Teman merajuk sukar di pujuk
Penenun lari sembunyi diri
demi janji yang tak mampu di tepati
bersama robohnya kota perhubungan
Dalam suram dalam sunyi
bersaksi kan janji rimbunan doa di kirim pada ilahi.
dalam tadahan tangan yang suci
gugur rimbunan ulat ulat berselimut sutera
sutera menjadi benang
benang di tenun menjadi selendang
hadiah janji buat si teman